Berita UtamaDunia

168 maut pertempuran di Sudan

98 turut cedera krisis antara penduduk Arab dan bukan Arab

KHARTOUM, 23 Ramadan 1443H, Isnin – Sekurang-kurangnya 168 orang terbunuh dalam pertempuran antara penduduk Arab dan bukan Arab di wilayah Darfur yang dilanda perang di Sudan, kata kumpulan bantuan.

Jurucakap penyelaras am pelarian dan orang kehilangan tempat tinggal di Darfur, Adam Regal berkata, pertempuran di kawasan Kreinik di wilayah Darfur Barat turut mencederakan 98 yang lain.

Katanya, pertempuran pertama tercetus pada Khamis dengan pembunuhan dua individu oleh penyerang yang tidak dikenali di Kreinik, sekitar 30 kilometer (km) timur Genena, ibu kota wilayah Darfur Barat.

Pertempuran seterusnya hingga ke Genena, lokasi kumpulan bersenjata menyerang mangsa yang cedera ketika dirawat di hospital utama bandar itu, menurut doktor dan pengarah hospital berkenaan, Salah Saleh.

Gambar yang disiarkan dalam talian pada Ahad menunjukkan kepulan asap hitam dari rumah terbakar manakala yang lain menunjukkan tompok bulat kesan kebakaran tanah di mana pondok didirikan sebelum dibakar.

Agensi berita AFP bagaimanapun tidak boleh secara bebas mengesahkan kesahihan imej itu.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa menggesa pihak berkuasa untuk memastikan mangsa yang cedera selamat sampai ke hospital. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button