Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Serangan ganas Israel terhadap rakyat Palestin makin meningkat

Peneroka haram serang penduduk dilindungi tentera Zionis

RAMALLAH, 23 Ramadan 1443H, Isnin – Peneroka Yahudi Israel semakin bertindak biadab apabila menyerang penduduk Palestin di utara Tebing Barat yang diduduki.

Pegawai Palestin yang memantau aktiviti penempatan haram Israel di daerah itu, Ghassan Daghlas memberitahu Anadolu Agency bahawa sejumlah peneroka menyerang penduduk tempatan di kampung Qaryut semalam.

“Peneroka dilindungi oleh tentera Israel.

“Askar melepaskan peluru, gas pemedih mata dan bom tangan ke arah rakyat Palestin,” katanya.

Bagaimanapun difahamkan tiada kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia, Aref Daraghmeh melaporkan bahawa sejumlah peneroka Israel membersihkan tanah Palestin di Khirbet Al-Farisiyah di Lembah Jordan yang diduduki.

“Peneroka membersihkan kawasan seluas 10 dunam untuk meluaskan pos luar (penempatan haram) yang ditubuhkan di kawasan itu kira-kira setahun lalu,” tulisnya di Facebook.

Rakyat Palestin mendakwa pihak berkuasa Israel membantu dan bersubahat dengan serangan peneroka sebagai sebahagian daripada usaha rasmi untuk memperhebatkan jumlah dan saiz penempatan Yahudi di wilayah yang diduduki.

Semua penempatan dan peneroka adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Pun begitu, menurut data rasmi, kira-kira 650,000 pelampau peneroka Yahudi Israel tinggal di lebih 130 penempatan yang dibina di atas tanah Palestin sejak pendudukan Tebing Barat bermula pada 1967. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button