Berita Utama

Bank Islam alami gangguan akses

Jumlah trafik tinggi buat masa ini

BANGI, 23 Ramadan 1443H, Isnin – Perbankan internet www.bankislam.biz dan aplikasi mudah alih Go by Bank Islam sedang mengalami gangguan akses berikutan jumlah trafik yang tinggi buat masa ini.

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) memaklumkan perkara itu melalui satu notis pemberitahuan yang dikongsikan di Facebook rasminya, hari ini.

Berikutan itu, Bank Islam menggesa orang ramai menutup pelayar masing-masing dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

“Dimaklumkan bahawa perbankan internet www.bankislam.biz dan aplikasi mudah alih Go by Bank Islam sedang mengalami gangguan akses berikutan jumlah trafik yang tinggi buat masa ini.

“Sila tutup pelayar (browser) dan cuba lagi kemudian. Kami memohon maaf untuk sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.

Sebelum ini, urus niaga Maybank menerusi web Maybank2u, Aplikasi M2U, Aplikasi MAE dan penggunaan kad debit mengalami gangguan serta perlahan mulai jam 9 pagi tadi.

Bank itu berkata, gangguan berkenaan adalah susulan kadar trafik tinggi yang belum pernah berlaku sebelum ini di seluruh platformnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button