Berita Utama

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 diumum selepas pengumuman KKM

KPM tidak berhasrat tutup semula sekolah selepas ini

BANGI, 23 Ramadan 1443H, Isnin – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0, selepas pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) pandemik COVID-19 pada Rabu ini.

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pihaknya menyedari ramai ingin melihat sektor pendidikan dibuka dengan lebih meluas.

“Insya-Allah, kita menunggu pengumuman terkini KKM terlebih dahulu.

“Selepas itu, kita selaraskan perkara yang dibincangkan dengan KKM dan akan mengumumkan garis panduan 4.0 dalam masa terdekat,” katanya seperti dilapor portal media tempatan, hari ini.

Radzi berkata, KPM tidak berhasrat menutup semula sekolah selepas ini berikutan operasi pelbagai sektor lain sudah dilonggarkan.

“Itu sebabnya kita lebih cermat. Biar lambat asalkan selamat sebab bila kita buka nanti Insya-Allah kita dapat terus beroperasi dan sekolah tidak perlu ditutup lagi.

“Tutup sekolah ini penat. Tutup kena marah, buka kena marah, tukar tarikh kena marah, buat pengumuman kena marah,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button