Berita Utama

Hantaran tular bantuan suri rumah JKM, palsu

JKM saran orang ramai rujuk laman web dapat maklumat lebih tepat

KUALA LUMPUR, 23 Ramadan 1443H, Isnin – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata hantaran berkenaan “Tarikh Bantuan Raya JKM Mei 2022 – Bantuan Kanak-Kanak, Suri Rumah, Warga Emas” yang tular di media sosial adalah palsu.

JKM melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memaklumkan orang ramai disaran merujuk laman sesawang JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat lebih tepat.

Orang ramai juga dinasihat agar tidak mudah mempercayai maklumat palsu sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab dengan membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini, kata kenyataan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button