Berita Utama

Akta Kredit Pengguna perlu disegerakan demi kawal pinjaman

Saran usahawan kembali bangkit mohon pinjaman di 2 bank bawah KUSKOP

BANGI, 24 Ramadan 1443H, Selasa – Akta Kredit Pengguna perlu dilaksanakan secepat mungkin dalam usaha membantu menyelaras dan mengawal pinjaman terutama sewa beli.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar berkata, hampir semua pengusaha sektor pengangkutan yang meminjam dengan syarikat kredit tidak mendapat keistimewaan moratorium menyebabkan aset pengangkutan mereka dilelong.

“Saya pernah bangkitkan perkara ini dalam Parlimen bagi membela nasib peminjam, namun ia masih belum diberikan perhatian.

“Namun, status akta itu masih belum diketahui kerana ia berada di bawah Kementerian Kewangan.

“Justeru, pada masa sama, saya juga menyarankan pengusaha yang ingin mendapatkan bantuan untuk bangkit semula juga boleh memohon pinjaman daripada dua bank, iaitu Bank Rakyat dan SME Bank,” katanya.

Mengulas lanjut, Noh berkata, dua bank yang berkenaan adalah di bawah jaminan KUSKOP.

“Dua bank ini menyediakan peruntukan untuk kemudahan sewa beli bernilai lebih RM300 juta dan ini adalah peluang untuk mereka,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut menegaskan, semua agensi yang memberi bantuan pinjaman perlu memberi lebih perhatian kepada usahawan yang merayu supaya menyusun semula pembayaran pinjaman mereka.

“Jika mereka ini terbukti jelas tidak mampu bayar ansuran, beri perhatian supaya mereka ini dapat momentum untuk sama-sama bersaing semula dalam perniagaan ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button