Berita UtamaDunia

Diskriminasi anti-Islam semakin meningkat di AS

28 peratus insiden kebencian babit paksaan tanggalkan hijab

WASHINGTON, 24 Ramadan 1443H, Selasa – Kes diskriminasi dan gangguan terhadap warga muslim di Amerika Syarikat meningkat sembilan peratus berbanding tahun 2020.

Council on American-Islamic Relations (CAIR) dalam laporan yang diterbitkan berkata, pihaknya menerima 6,720 aduan tahun lepas, dengan peningkatan isu buli di sekolah, kebimbangan kebebasan bersuara, jenayah kebencian dan serangan fizikal.

Penyelidik secara khusus mendokumentasikan peningkatan 28 peratus dalam insiden kebencian dan berat sebelah yang membabitkan paksaan menanggalkan hijab, gangguan, vandalisme dan serangan fizikal.

“Islamofobia berlaku dalam masyarakat kita. Kecurigaan ini amat mendalam kerana ia memberi kesan kepada kehidupan jutaan umat Islam Amerika.

“Ia telah meningkat sejak tiga dekad lalu sejak CAIR mula mendokumentasikan kes-kes ini,” kata Pengarah Eksekutif CAIR, Nihad Awad pada sidang akhbar mengenai pengeluaran laporan itu pada Isnin.

Jabatan Kehakiman (DOJ) mendokumenkan hanya 110 insiden anti-muslim dalam laporan jenayah kebencian 2020, menurun hampir 40 peratus daripada tahun sebelumnya.

Menurut laporan CAIR 2021, kebanyakan aduan diterima dari California, yang menyaksikan 1,892 kes direkodkan; diikuti oleh kawasan Washington DC, Maryland, dan Virginia, yang menyaksikan sejumlah 1,408 aduan.

Di New York, terdapat 259 aduan berat sebelah yang dilaporkan.

Antara aduan yang dimuatkan dalam laporan itu ialah serangan ke atas Pusat Islam Olympia di Washington, yang menjadi sasaran bahan letupan dilancarkan oleh sebuah kereta yang dipandu laju.

Laporan itu juga mendokumentasikan komen terhadap Ahli Kongres muslim-Amerika Ilhan Omar.

Minggu lalu, seorang lelaki Florida mengaku bersalah melakukan ugutan bermotifkan kebencian terhadap Omar pada 2019. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button