Dunia

Sepanyol beku 12 akaun bank, sita kapal milik oligarki Russia

130,000 pelarian Ukraine tiba di Sepanyol, 5,400 daripadanya kanak-kanak

OVIEDO (Sepanyol), 24 Ramadan 1443H, Selasa – Pihak berkuasa Sepanyol membekukan 12 akaun bank dan dana serta menyita tiga kapal layar dan 23 harta milik oligarki Russia sejak krisis di Ukraine bermula, kata ketua setiausaha negara pada Isnin.

Bercakap di Parlimen Sepanyol, Oscar Lopez berkata, rampasan itu sejajar dengan sekatan yang dikenakan Kesatuan Eropah ke atas oligarki Rusia, lapor Agensi Anadolu.

Sejak dua bulan lalu, pihak berkuasa Sepanyol telah merampas kapal layar jutawan Viktor Vekselberg, Alexander Mikheev dan Sergey Chemezov.

Namun, tindakan terhadap oligarki adalah terhad kerana undang-undang Sepanyol melindungi identiti pemilik syarikat.

Kerajaan merancang untuk meluluskan langkah baharu yang membolehkan identiti pemilik sebenar aset didedahkan, menurut media tempatan.

Lopez juga mengumumkan seramai 130,000 pelarian Ukraine telah tiba di Sepanyol dan 5,400 daripadanya adalah kanak-kanak. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button