Pendapat

Eksploitasi selebriti muslim promosi judi di bulan Ramadan, satu penghinaan!

Tular video personaliti media sosial promosikan syarikat perjudian

KINI tular video seorang personaliti media sosial mempromosikan syarikat perjudian yang telah menaja pembikinan video baharunya.

Lebih membuatkan kita marah ialah beliau melakukannya dengan bangga ketika bulan Ramadan. Rata-rata umat Islam pasti rasa terhina, tersinggung dan marah apatah lagi yang melakukannya ialah selebriti beragama Islam.

Saya teringat perkara yang hampir serupa berlaku pada tahun yang lalu, di mana beberapa syarikat judi mengeluarkan video raya pada hujung-hujung bulan Ramadan. Sama seperti sekarang.

Apakah segala persamaan ini hanyalah kebetulan semata-mata?

Apakah syarikat-syarikat judi ini memang tidak takut langsung bermain dengan api sebegini?

Apakah memang pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa-apa dengan tegas terhadap mereka?

Dari satu aspek yang lain pula, nampaknya semakin ramai selebriti beragama Islam sendiri sudah hilang pedoman demi populariti dan wang ringgit.

Sebagai contoh juga, baru ini sudah ada video lagu raya berunsurkan gejala songsang. Tak tahulah tahun depan akan ada lagi juga, sebab saya difahamkan kerajaan kata mereka tidak boleh buat apa.

Sangatlah malang apa yang berlaku pada umat Islam kita kini di Malaysia. Maruah kita dipijak ‘menggunakan’ orang kita sendiri dengan sogokan duniawi.

Manakala kita lihat pemimpin kita hanyut dengan keenakan pangkat dan jawatan. Lagi selesa apabila mereka rasa boleh menang pilihanraya dengan mudah.

Lebih parah lagi, ramai asatizah kita sudah lebih gemar jadi jaguh apabila bergaduh sesama sendiri tetapi hanya longlai sahaja apabila berhadapan isu-isu ‘real’ yang menimpa umat sebegini.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
27 April 2022

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button