Berita Utama

761,309 kanak-kanak Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

42.3 peratus telah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin

KUALA LUMPUR, 25 Ramadan 1443H, Rabu – Sebanyak 761,309 atau 21.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,504,066 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 42.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,889,620 individu atau 92.9 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,988,492 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,020,386 individu dewasa atau 68.1 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,965,472 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,030 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 34,376 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 6,906 dos pertama, 22,782 dos kedua dan 4,688 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,158,087.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 13 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan angka tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Kedah dan Perak masing-masing dengan dua kes manakala satu kes masing-masing di Melaka, Pahang dan Pulau Pinang. –  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button