Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Pendapat

i-Guru tolak cadangan wujudkan sekolah aliran Inggeris

Syor perhalusi pelaksanaan HIP sejajar usaha perkukuh bahasa Inggeris

1. IKATAN Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) melihat cadangan kumpulan tertentu untuk mewujudkan sekolah aliran Inggeris adalah satu usaha mengembalikan diskriminasi pendidikan yang telah diwujudkan oleh penjajah Inggeris dahulu.

2. Sebaliknya pihak iGuru melihat pihak KPM perlu meningkatkan usaha memastikan penguasaan murid di dalam Bahasa Inggeris melalui program MBMMBI(Memartabatkan Bahasa Melayu dan Meningkatkan Bahasa Inggeris) dengan penekanan kepada penyediaan tenaga pakar, pedagogi, prasarana dan kesediaan murid serta diberikan nafas baharu.

3. IGuru tidak menolak kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia dan mesti dikuasai murid- murid terutama untuk mereka belajar di dalam bidang sains dan teknologi yang memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris.

4. IGuru mencadangkan agar:

a) Pengajaran Bahasa Inggeris ditumpukan kepada aspek komunikasi dan bukan difokuskan kepada berkonsepkan peperiksaan di tahap 1. Penilaian boleh dilaksanakan secara PBD;

b) Memperhalusi pelaksanaan Program Imersif Tinggi (HIP) sejajar usaha pengukuhan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar;

c) Penyediaan tenaga pakar guru Bahasa Inggeris termasuk mengkaji keberkesanan DLP di sekolah- sekolah. Sebahagian guru sains dan matematik tidak menggunakan sepenuhnya Bahasa Inggeris di dalam PdPc dan lebih selesa menggunakan Bahasa Ibonda masing- masing;

d) Mencari pendekatan baharu kepada pengajaran STEM dengan olahan terkini sesuai dengan perkembangan pembelajaran secara digital.

5. Langkah mewujudkan sekolah aliran Inggeris akan melebarkan jurang pendidikan sekolah bandar dan luar bandar bahkan diskriminasi ini akan menutup peluang kepada anak- anak dari keluarga berpendapatan rendah sedangkan pendidikan perlu diberikan secara adil dan saksama kepada semua murid di semua sekolah dan di setiap daerah.

6. KPM perlu kembali memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan murid dengan pendekatan yang lebih akomodatif, konstruktif , dinamik dan holistik.

Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button