Berita UtamaDunia

Pengamal estetik palsu di Mesir punca pesakit mati, cedera

Tiada pengalaman, hanya jalani latihan tiga hari sebelum jadi ‘doktor’

KAHERAH, 25 Ramadan 1443H, Rabu – Pengamal dengan kelayakan palsu dalam industri kecantikan di Mesir yang melakukan suntikan Botox dan pengisi dermal menyebabkan pesakit mati atau cedera parah, menurut siasatan BBC News yang diterbitkan semalam..

BBC mendapati berpuluh-puluh pekerja tidak berkelayakan tanpa pengalaman perubatan melakukan rawatan estetik sehingga menyebabkan ramai pelanggan melecur dan parut, dengan seorang wanita maut selepas prosedur sedut lemak yang tidak selamat.

Hanya pakar dermatologi dan pakar bedah plastik boleh melakukan suntikan Botox dan suntikan pengisi dermal di Mesir, dan untuk penyingkiran rambut laser, doktor yang berkelayakan mesti berada di sana untuk mengawasi.

Wartawan BBC telah diterima sebagai pelatih oleh Gad, ketua di British Egyptian Centre, walaupun mereka menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman perubatan.

Mohamed Madany, yang mengetuai latihan selama tiga hari yang ‘melayakkan’ hadirin untuk melakukan suntikan, cuba meyakinkan pelanggan supaya mempercayai mereka adalah doktor.

“Jika [pelanggan] memanggil anda sebagai “doktor”, jangan katakan “tidak”, biarkan dia menganggap apa sahaja yang dia mahukan,” kata Madany.

Siasatan juga mendapati pelajar perubatan turut menjalankan pembuangan rambut secara laser tanpa pengawasan.

Menna El Sayied, seorang pelajar undang-undang berusia 20 tahun, diberitahu oleh doktor bahawa dia perlu menurunkan berat badan sebelum mereka membedahnya dan mencadangkan dia mendapatkan liposuction.  

Pesakit meninggal dunia sembilan hari selepas doktor melakukan pembedahan di mana mereka membuang lebih 35 kilogram lemak badan pelajar.

Menurut pakar yang dibincangkan oleh BBC, amalan standard adalah membuang lima hingga enam kilogram pada satu masa.

‘Doktor’ yang menjalankan pembedahan berkata, dia tidak melakukan kesilapan dan enggan mengulas lanjut mengenai kes itu dengan alasan kerahsiaan pesakit.

Dokumentari “Beauty’s Ugly Truth” akan disiarkan mulai semalaam di saluran YouTube BBC Arabic dan TV Arab BBC. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button