Dunia

3 cedera gempa 6.8 skala Richter gegar Jepun

Tiada amaran tsunami, namun gempa susulan dijangka landa dalam tempoh seminggu

TOKYO, 20 Ramadan 1442H, Ahad – Sekurang-kurangya tiga cedera akibat gempa bumi berkekuatan 6.8 skala Richter yang melanda pantai timur Jepun pada Sabtu, kata pihak berkuasa.

Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan, gempa awal pagi itu melanda pada kedalaman 47 kilometer di Pasifik wilayah Miyagi – berhampiran pusat gempa besar 2011 yang mencetuskan tsunami sehingga mengorbankan lebih 18,000 nyawa. 

Bagaimanapun, agensi meteorologi Jepun memaklumkan gegaran yang turut dirasai di Tokyo pada Sabtu itu tidak membawa risiko tsunami dan tiada kerosakan besar dilaporkan. 

Namun, agensi berkenaan memberi amaran bahawa gempa susulan kuat mungkin melanda wilayah itu dalam tempoh seminggu, selain cuaca buruk yang dijangkakan berisiko kepada berlaku kejadian tanah runtuh.

Jepun berada di ‘Ring of Fire’ Pasifik, sebuah lengkungan aktiviti gempa di Asia Tenggara dan melintasi lembah Pasifik.

Negara itu sering dilanda gempa dan memiliki peraturan pembinaan yang ketat bagi memastikan bangunan dapat menahan gegaran kuat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button