Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Sekolah aliran Inggeris hanya kembalikan diskriminasi pendidikan zaman penjajah

Bakal tutup peluang anak dari golongan berpendapatan rendah

BANGI, 25 Ramadan 1443H, Rabu – Cadangan kumpulan tertentu untuk mewujudkan sekolah aliran Inggeris hanya akan mengembalikan diskriminasi pendidikan yang pernah dilakukan penjajah Inggeris dahulu.

Bahkan, langkah itu juga akan melebarkan jurang pendidikan sekolah bandar dan luar bandar, termasuk menutup peluang kepada anak-anak daripada golongan keluarga berpendapatan rendah.

Sedangkan, pendidikan sepatutnya diberikan secara adil dan saksama kepada semua murid di semua sekolah dan di setiap daerah, kata Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Ustaz Mohd Azizee Hasan.

Justeru, iGuru menolak cadangan kumpulan tertentu supaya sekolah aliran Inggeris diwujudkan bagi meningkatkan penguasaan bahasa asing berkenaan.

“iGuru tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia dan mesti dikuasai murid-murid, terutama untuk mereka belajar di dalam bidang sains dan teknologi yang memerlukan penguasaan bahasa Inggeris.

“Sebaliknya, pihak iGuru melihat Kementerian Pendidikan (KPM) perlu meningkatkan usaha memastikan penguasaan murid di dalam bahasa Inggeris.

“…ia melalui program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Meningkatkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), dengan penekanan kepada penyediaan tenaga pakar, pedagogi, prasarana dan kesediaan murid serta diberikan nafas baharu,” katanya.

Terdahulu, cadangan itu disuarakan Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) dan Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (MAGPIE), yang seolah-olah kecewa dengan kelemahan pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP).

Kumpulan terbabit mengeluh bahawa KPM bersikap ‘acuh tak acuh’ terhadap DLP, namun mahu ia diteruskan disebabkan faedah jangka panjangnya untuk murid.

Atas dasar itu, iGuru turut mencadangkan beberapa solusi kepada pihak KPM dalam menyelesaikan isu penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

BACA PENUH KENYATAAN DAN CADANGAN PRESIDEN IGURU DI RUANGAN PENDAPAT ISMAWEB.NET

i-Guru tolak cadangan wujudkan sekolah aliran Inggeris

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button