Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Suu Kyi dipenjara 5 tahun kerana rasuah

Dituduh terima emas, wang tunai dari bekas ketua menteri

NAYPYIDAW, 25 Ramadan 1443H, Rabu – Mahkamah Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas pemimpin digulingkan, Aung San Suu Kyi selepas didapati bersalah dalam salah satu daripada 11 kes rasuah yang didakwa terhadapnya.

Suu Kyi – yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada awal tahun 2021 – telah didakwa sekurang-kurangnya 18 pertuduhan yang membawa hukuman penjara maksimum hampir 190 tahun jika didapati bersalah.

Hakim memutuskan hukuman itu sejurus selepas mahkamah bersidang, dakwa sumber yang enggan didedahkan nama ekoran perbicaraan kes diadakan secara tertutup.

Dalam pertuduhan, Suu Kyi, 76, didakwa menerima 11.4 kilogram emas dan bayaran tunai berjumlah AS$600,000 daripada bekas ketua menteri Yangon, Phyo Min Thein.

Penerima Anugerah Nobel itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan menyifatkan dakwaan tersebut tidak masuk akal.

Setakat ini, tiada maklumat jelas sama ada Suu Kyi akan dipindahkan ke penjara, tetapi sebelum ini dia ditahan di lokasi yang tidak didedahkan.

Masyarakat antarabangsa menolak perbicaraan itu dan menuntut Suu Kyi dibebaskan segera.

Tentera berkata, Suu Kyi dibicarakan kerana melakukan jenayah dan sedang diberi proses sewajarnya oleh badan kehakiman bebas.

Ini adalah hukuman ketiga bagi Suu Kyi, – sebelum ini dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana melanggar Undang-undang Eksport-Import, satu tahun kerana melanggar Undang-undang Komunikasi dan satu tahun lagi kerana melanggar sekatan kesihatan awam COVID-19 ketika tempoh kempen pilihan raya 2020.

Suu Kyi juga dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun kerana menghasut dan melanggar peraturan coronavirus ketika berkempen. 

Keputusan terbaharu itu menjadikan jumlah hukuman penjara yang diterima Suu Kyi setakat ini adalah 11 tahun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button