Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

4,143 jenazah COVID-19 diurus Jawi, Jakim setakat ini

Umur 41 hingga 60 tahun rekod jumlah kematian terbanyak

BANGI, 26 Ramadan 1443H, Khamis – Pasukan Petugas Khas Pengurusan Jenazah COVID-19 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menguruskan 4,143 jenazah akibat COVID-19 sejak 18 Mac 2020 sehingga kini.

Menurut Jawi, kesemua jenazah yang dikendalikan itu adalah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Daripada jumlah itu, seramai 2,286 adalah jenazah lelaki dan 1,857 lagi merupakan jenazah wanita, yang dikendalikan oleh 120 petugas terdiri daripada 91 lelaki dan 19 wanita.

Jawi berkata, kumpulan umur jenazah 41 hingga 60 tahun mendahului jumlah kematian terbanyak dengan 1,688, diikuti kumpulan usia 61 hingga 80 tahun (1,569), 573 daripada 21 hingga 40 tahun, 271 (81 hingga 100 tahun), 40 (0-20 tahun) dan dua babit usia 101 tahun ke atas.

Dalam pada itu, Hospital Kuala Lumpur mendahului bilangan jenazah tertinggi yang diuruskan Jawi dan Jakim iaitu 1,883, diikuti Hospital Ampang (712) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (535).

“Di penghujung Ramadan dan menjelang Aidilfitri ini, marilah bersama-sama kita mendoakan keampunan dan kerahmatan kepada ibu bapa, anak-anak, adik beradik, saudara mara, jiran tetangga dan rakan taulan yang telah pergi meninggalkan kita, menjadi korban pandemik COVID-19.

“Ziarahilah pusara mereka sebagai tanda ingatan dan kerinduan yang berpanjangan. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan solihin,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button