Berita UtamaDunia

Anggota Hamas di Turki diusir atas permintaan Israel

Zionis dilaporkan serah nama kepada pihak berkuasa Ankara

ANKARA, 26 Ramadan 1443H, Khamis – Beberapa anggota Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang kini bermastautin di Turki telah diusir dari negara itu – dipercayai permintaan daripada negara haram Israel.

Pegawai Palestin memaklumkan puluhan individu yang dikenal pasti sebagai anggota Hamas telah dihantar semula pulang ke tanah air di Palestin.

“Turki meminta mereka meninggalkan negara tersebut dan apa yang berlaku sebenarnya telah dilalui sejak beberapa bulan lalu.

“Mereka mendakwa negara Zionis punca mengusiran berkenaan dan telah menyerahkan senarai nama kepada pihak berkuasa Turki,” kata pegawai berkenaan.

Negara haram tersebut didakwa telah memberikan senarai nama anggota pergerakan Hamas dan maklumat terhadap pembabitan dengan aktiviti berkenaan, kata sumber Palestin

Selain itu, Ankara didakwa mengusir golongan berkenaan selepas Hamas ‘berjanji’ dan tidak melakukan sebarang aktiviti di Turki.

Menurut laporan, sumber mendakwa pihak berkuasa Turki telah memberitahu Pergerakan Hamas pihaknya tidak mahu terlibat dan mengambil risiko terhadap permasalahan antara Pergerakan Hamas dan negara Zonis.

Turki sebelum ini menyokong pergerakan Hamas namun negara haram Zionis pula menyifatkan pergerakan Islam itu sebagai kumpulan pengganas.

Pada 2018, Turki dan Israel secara tegas mengusir pegawai kedutaan mereka masing-masing dan sering bertikam lidah berhubung konflik Israel-Palestin.

Namun selepas kunjungan Presiden Israel, Isaac Herzon ke Ankara dan Istanbul baru-baru, hubungan kedua-dua negara bertambah baik dan memberi jaminan untuk mengukuhkan semula hubungan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button