Berita Utama

Bersatu, PAS Kelantan sudah bincang agihan kerusi PRU15

Putuskan untuk kekal kerusi masing-masing yang dimenangi parti tersebut sebelum ini

KOTA BHARU, 26 Ramadan 1443H, Khamis – Parti Bersatu dan PAS Kelantan telah mengadakan perbincangan di peringkat negeri berhubung pengagihan kerusi, bagi kedua parti politik itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, hasil perbincangan itu, pihaknya telah memutuskan untuk mengekalkan kerusi masing-masing yang dimenangi kedua-dua parti itu pada PRU sebelum ini.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan itu akan dibuat peringkat pusat, hasil cadangan yang dikemukakan oleh kedua-dua parti di peringkat negeri.

“Bagi kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU14, membabitkan tiga kerusi Parlimen dan tujuh DUN kita akan runding dan bincang kawasan mana BERSATU dan PAS, sebelum dibawa ke peringkat pusat.

“Manakala untuk kerusi yang belum diputuskan, pertimbangan perlu dibuat terlebih dahulu dengan melihat potensi calon dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra dan berbuka puasa Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bersama pengamal media Kelantan, malam tadi.

Mengulas lanjut, Kamarudin yang juga Pengerusi Lembaga KADA berkata tidak mustahil juga sekiranya Bersatu meletakkan calon di kerusi yang disandang PAS, disebabkan faktor timbal balas dan berharap partinya akan memenangi lebih banyak kerusi pada PRU15 nanti. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button