Dunia

Coklat Kinder ada bakteria salmonella dikesan di 11 negara

151 kes dikesan dengan 21 daripadanya bergejala teruk

GENEVA, 26 Ramadan 1443H, Khamis – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan terdapat 151 kes disyaki bakteria salmonella yang dikaitkan dengan produk coklat ‘Kinder’ membabitkan sekurang-kurangnya 11 negara.

Organisasi itu dalam satu kenyataan berkata, bakteria dengan struktur genetik sama seperti salmonella – yang menjangkiti tubuh manusia – dikesan dalam beberapa tangki mengandungi bahan mentah di kilang Kinder di Arlon, Belgium ketika pemeriksaan pada Disember 2021 dan Januari tahun ini.

Setakat 25 April, 151 kes disyaki bakteria salmonella dikaitkan dengan produk Kinder dikesan di seluruh dunia, dengan 65 daripadanya di England, Belgium (26 kes), Perancis (25 kes), Jerman (10 kes), Ireland (15 kes), empat di Sweden dan dua di Belanda.

Sementara, masing-masing satu kes dilaporkan di Luxemborg, Norway, Sepanyol dan Amerika Syarikat (AS).

WHO melaporkan bahawa 89 peratus daripada kes adalah dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

Menurutnya, 21 kes turut dikesan dengan bergejala teruk seperti muntah, loya dan cirit-birit berdarah.

Bagaimanapun, tiada kehilangan nyawa dilaporkan akibat jangkitan bakteria itu, kata WHO.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button