Berita UtamaDunia

Gara-gara tak tulis nama, 1,000 pelajar gagal peperiksaan ke universiti awam

Gesa pihak pengurusan teliti semula kerana kesilapan teknikal

BANGKOK, 26 Ramadan 1443H, Khamis – Kira-kira 1,000 pelajar Thailand gagal dalam peperiksaan kemasukan ke universiti awam negara itu berikutan tidak menulis nama dan nombor siri di atas kertas peperiksaan.

Kesemua calon dikatakan patuh kepada arahan penyelia peperiksaan yang menyatakan tidak perlu menulis nama dan nombor siri kertas peperiksaan.

Minggu lalu, markah bagi Ujian Aptitud Am (GAT) dan Ujian Aptitud Profesional (PAT) diumumkan bagi calon yang mahu memasuki universiti.

Peperiksaan itu yang dibahagi kepada dua bahagian iaitu dalam bahasa Thailand dan Inggeris dan kedua-duanya memerlukan calon memperoleh markah maksimum 150.

Bagaimanapun selepas diumumkan, 1,000 calon mendapat markah o berikutan gagal mengikuti garis panduan yang ditetapkan, menyebankan sekumpulan pelajar menggesa Menteri Pengajian Tinggi, Sains dan Penyelidikan dan Inovasi, Anek Laothamatas meneliti semula keputusan peperiksaan terbabit.

Bagaimanapun, Majlis Presiden Universiti Thailand enggan menyemak kertas peperiksaan berikutan tidak mematuhi garis panduan yang memerlukan semua calon menulis nama dan nombor siri peperiksaan.

Sementara itu, seorang calon berkata, dia telah cuba merealisasikan impian untuk menjejaki ke universiti idamannya sejak empat tahun lalu dan kini sedang menunggu masa untuk mengambil peperiksaan ulangan kemasukan ke universiti awam.

Malah, dia berharap supaya pihak pengurusan meneliti semula permohonan berikutan kesilapan teknikal.

Pada masa sama, Pengurus Sistem Kemasukan Universiti Thailand memaklumkan, CUPT telah berhubung dengan penyelia peperiksaan selepas menerima bantahan daripada 1,000 pelajar.

Penyelia bertanggungjawab dengan salah faham tersebut mengenai soalan pelajar yang menanyakan sama ada mereka perlu menandatangani nama sebelum keluar dari dewan peperiksaan.

Bagaimanapun mereka kini kesuntukan masa dan tidak dapat membuat sebarang perubahan.

Lebih mengejutkan, kejadian berkenaan bukan sahaja berlaku di satu lokasi peperiksaan tetapi seluruh Thailand. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button