Berita Utama

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar

Berlaku sedikit kesesakan di beberapa lokasi susulan kemalangan

KUALA LUMPUR, 27 Ramadan 1443H, Jumaat – Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara lancar setakat 12.30 tengah hari tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bagaimanapun berlaku sedikit kesesakan di beberapa lokasi susulan kemalangan.

“Trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Pulau Pinang dari Juru menuju ke Perai dan trafik juga perlahan di Johor dari Bukit Gambir menuju ke Pagoh arah selatan akibat kemalangan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain itu, situasi di plaza tol di lebuh raya utama menuju keluar dari ibu kota juga lancar.

“Setakat ini tiada kesesakan luar biasa di Plaza Tol Jalan Duta, Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak,” katanya.

Bagaimanapun keadaan dijangka berubah petang nanti berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button