Berita Utama

e-Denda diperluas di semua mahkamah rendah Semenanjung mulai 12 Mei

Proses selesai pembayaran denda boleh dilaksanakan dalam talian

BANGI, 27 Ramadan 1443H, Jumaat – Inisiatif Modul Pembayaran Denda Dalam Talian (e-Denda) akan diperluaskan kesemua mahkamah rendah di Semenanjung Malaysia bermula 12 Mei depan.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia memaklumkan, buat permulaan, e-Denda hanya dilaksanakan di Pahang, Kelantan dan Terengganu bermula 12 Mei depan.

“Kemudian kita akan perluaskan ke mahkamah rendah di Selangor, Perak, Putrajaya dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur pada 13 Mei.

“Seterusnya bagi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula akan bermula pada 25 Mei, manakala Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pula bermula 26 Mei ini.

“Proses penyelesaian pembayaran denda boleh dilaksanakan dalam talian menggunakan Financial Process Exchange (FPX) melalui portal Sistem e-Kehakiman di https://ecourt.kehakiman.gov.my,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menerusi modul yang diperkenalkan ini tiada lagi keperluan bagi orang awam untuk pergi ke kaunter pembayaran mahkamah, sekali gus diyakini boleh mempercepatkan proses pembayaran denda dan pembebasan tertuduh.

Tatacara lanjut penggunaan modul e-Denda boleh didapati menerusi Portal Rasmi Badan Kehakiman Malaysia di www.kehakiman.gov.my atau menghubungi e-mel ecourts.help[email protected] dan talian 03-27331313.

1 Disember lalu, e-Denda secara rintis bermula di mahkamah-mahkamah rendah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Selayang, Selangor.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button