Dunia

Jordan paksa Israel hormat status quo al-Aqsa

Mahu kembalikan masjid kepada keadaan 22 tahun lalu

BAITULMAQDIS, 27 Ramadan 1443H, Jumaat – Jordan memaksa negara haram Israel menghormati status quo bersejarah Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, termasuk mengelakkan konfrontasi ganas yang boleh mengancam kepada konflik meluas.

Pegawai Jordan dan diplomat Barat berkata, Aman telah memberitahu Washington berhubung kesediaannya membincangkan isu itu dengan Israel selepas bulan Ramadan pada minggu depan.

Matlamatnya untuk mengenal pasti langkah yang boleh diambil oleh negara pendudukan bagi mengembalikan masjid kepada keadaan 22 tahun lalu.

Jordan menuduh Israel telah mengubah sekatan beribadat di masjid secara beransur-ansur sejak tahun 2000.

Usaha diplomatik baharu itu adalah untuk menangani punca ketegangan dan memastikan perkara seumpamanya tidak tercetus lagi, kata pegawai Jordan.

Pertelingkahan sejak dua minggu lalu antara rakyat Palestin dan polis Israel yang bersenjata lengkap di perkarangan Masjid al-Aqsa telah mencetuskan kemarahan negara Arab dan Islam serta kebimbangan antarabangsa terhadap berulangnya konflik meluas antara Palestin-Israel.

Imej mengenai kekejaman polis Israel terhadap jemaah Palestin di dalam Masjid al-Aqsa telah tular di media sosial.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button