Dunia

Gaza terus berdarah

365 cedera, 65 terbunuh antaranya Komander kanan Hamas

GAZA, 1 Syawal 1442H, Khamis – Tindakan zalim dan kejam rejim penjajah Israel telah mengorbankan Komander kanan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), termasuk memusnahkan tiga menara bertingkat. 

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan jumlah kematian keseluruhan sejak serangan terbaharu kini mencecah 65 orang, termasuk 16 kanak-kanak dan 365 yang lain cedera. 

Hamas mengesahkan bahawa komander Gaza, Bassem Issa terbunuh dalam serangan Israel bersama anggota kanan kumpulan lain pada Rabu. 

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh menegaskan bahawa pihaknya terbuka berkonfrontasi dengan musuh.

Sumber Palestin mendakwa, usaha gencatan senjata oleh Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak memberi sebarang kemajuan dalam mengakhiri keganasan di wilayah itu. 

Tentera penjajah Israel telah melakukan lebih 350 serangan udara di kawasan pantai penuh sesak, menyasarkan kawasan yang didakwa lokasi ketenteraan.

Sementara Gaza dilaporkan telah melancarkan lebih 1,000 serangan roket sejak Isnin. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button