Berita Utama

Melaka terima pelancong dari Dumai melalui feri bermula 5 Mei

Pelancong dibawa masuk guna feri kendalian syarikat Feri Indomal

MELAKA, 27 Ramadan 1443H, Jumaat – Melaka bakal menerima kemasukan pelancong dari Dumai, Indonesia melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai di Kota Laksamana di sini, bermula 5 Mei ini.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan negeri Sa’ari Basiron berkata pelancong berkenaan akan dibawa masuk menggunakan feri kendalian syarikat Feri Indomal yang dijangka tiba di terminal berkenaan kira-kira 1 tengah hari.

“Feri dari Dumai akan berlepas kira-kira 10 pagi waktu Malaysia dan perjalanan dianggarkan antara dua hingga tiga jam untuk sampai ke ICQS Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata operasi feri bagi Dumai-Melaka adalah pada Selasa, Khamis dan Sabtu manakala Melaka-Dumai pada Rabu, Jumaat dan Ahad.

Katanya feri tersebut tidak akan beroperasi pada Isnin.

Kompleks ICQ Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai merupakan satu daripada akses masuk dan keluar rakyat dari Indonesia menerusi Dumai namun laluan tersebut ditutup ekoran penutupan sempadan antara Malaysia dan Indonesia berikutan penularan COVID-19 kira-kira dua tahun lepas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button