Berita UtamaDunia

Syarikat China bina kompleks di Kabul bernilai AS$216 juta

Bakal tempatkan 150 buah kilang, masjid, kemudahan pendidikan

KABUL, 27 Ramadan 1443H, Jumaat – Syarikat pembinaan dan pembuatan Beijing-Nangarhar menandatangani perjanjian dengan pihak berkuasa Taliban bagi membangunkan sebuah kompleks perindustrian di pinggir Kabul dengan kos bernilai AS$216 juta.

Kompleks dijangka dibina atas tanah seluas 263 hektar di bandar Perozi di wilayah Deh Sabz, Kabul.

Menurut pihak berkuasa, kompleks akan menempatkan 150 buah kilang, sebuah masjid serta kemudahan Pendidikan dan pusat kesihatan.

Projek gergasi berkenaan juga akan menyediakan 13,600 peluang pekerjaan secara langsung dan lebih 30,000 peluang pekerjaan tidak langsung.

Timbalan Perdana Menteri Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar yang juga mengetuai suruhanjaya ekonomi di pentadbiran berkenaan berkata, pihaknya telah membuka peluang perniagaan dan pelaburan di Afghanistan.

“Kami bersedia menyediakan sokongan dan sekiranya pihak pelabur berdepan masalah, kami akan cuba menyelesaikan,” katanya.

Projek gergasi tersebut merupakan projek kedua yang dilancarkan selepas mengambil alihan IEA kira-kira lapan bulan lalu.

Bulan lalu, pihak berkuasa merasmikan pembinaan terusan pengairan sepanjang 285 kilometer di utara Afghanistan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button