Berita UtamaDunia

Perancis, EU dan India tolak cadangan iktiraf 15 Mac hari menentang Islamofobia

Resolusi dari Pakistan kononnya dilihat tidak adil dan membawa masalah

NEW YORK, 15 Syaaban 1443H, Jumaat – Perancis, Kesatuan Eropah dan India secara tegas membantah pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mahu menjadikan awal minggu ini sebagai Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia.

Kelmarin, Perhimpunan PBB meluluskan resolusi dari Pakistan yang memperingati 15 Mac sebagai hari ulang tahun serangan dua buah masjid di New Zealand pada 2019 yang mengorbankan 51 orang.

Resolusi berkenaan disokong 55 buah negara yang majoriti Islam, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) termasuk Arab Saudi, Iran, Mesir, Turki, Qatar, Algeria, Magribi dan beberapa buah negara-negara Teluk dan Afrika Utara.

Dalam ucapan perasmian, Setiausaha Agung IOC, Hissein Brahim Taha berkata, peringatan berkenaan menguatkan kesedaran global tentang ancaman kebencian dan fanatik terhadap umat Islam.

Sementara wakil dari Perancis dan India pula menentang resolusi berkenaan.

Bukan itu sahaja, kedua-dua negara itu turut menyifatkan resolusi berkenaan tidak adil dan menimbulkan masalah.

Wakil tetap PBB Perancis, Nicolas de Riviere memberitahu Perhimpunan Agung bahawa Perancis menyokong perlindungan semua agama dan kepercayaan tetapi mempersoalkan pengasingan dalam agama tersebut.

Perancis juga menolak penggunaan istilah Islamofobia, dengan mengatakan istilah Islamofobia tidak mempunyai definisi yang dipersetujui dalam undang-undang antarabangsa, tidak seperti kebebasan beragama. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button