Berita UtamaDunia

Rejim Israel tutup pintu masuk penduduk Palestin ke Salfit

Bertindak ganas lepaskan peluru hidup, bom tangan

RAMALLAH, 28 Ramadan 1443H, Sabtu – Pasukan keselamatan Israel menutup pintu masuk utara ke bandar Salfit di tengah-tengah Tebing Barat yang diduduki sekali gus menafikan akses masuk dan keluar dari bandar itu kepada lalu lintas rakyat Palestin dan pejalan kaki.

Tindakan itu mencetuskan ketegangan dan pertempuran dengan pemuda Palestin yang berang selepas penutupan itu.

Dalam pertempuran itu, tentera rejim Zionis melepaskan peluru hidup, bom tangan serta gas pemedih mata untuk menyuraikan rakyat Palestin.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Selain itu, askar Israel juga meningkatkan kehadiran dan sekatan ke atas banyak kampung jiran dan menempatkan pusat pemeriksaan sementara di sana, menurut sumber tempatan, menyebabkan kelewatan perjalanan.

Dalam perkembangan lain, seorang pemuda Palestin berusia 27 tahun dibunuh malam tadi oleh tentera Israel di bandar Azzun, berhampiran bandar Qalqilia di Tebing Barat yang diduduki.

Yahya Ali Adwan terkena tembakan peluru hidup ketika pertempuran antara tentera Israel dan rakyat Palestin di bandar itu dan meninggal dunia di tempat kejadian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button