Berita UtamaDunia

Mahkamah Israel benar bina 31 unit penempatan haram baharu di Hebron

Tolak petisyen bantahan pembinaan kompleks kumpulan hak asasi

RAMALLAH, 28 Ramadan 1443H, Sabtu – Mahkamah Agung Israel membenarkan pembinaan 31 unit kompleks pangsapuri enam tingkat peneroka haram di bandar Hebron, Tebing Barat yang diduduki, dikenali sebagai Suku Hezekiah.

Mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan oleh kumpulan hak asasi Peace Now dan Perbandaran Hebron yang membantah pembinaan kompleks itu, kerana dibina di atas tanah Palestin di tengah-tengah bandar diduduki.

Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth berkata, kompleks baharu itu adalah sebahagian daripada rancangan lebih besar yang merangkumi pembinaan 60 unit penempatan di kawasan pasar borong di Hebron.

Tegasnya, kerja pada skim itu bermula beberapa tahun lalu sebelum ia ditangguhkan buat sementara waktu, namun keputusan mahkamah adalah halangan undang-undang terakhir bagi mengembangkan kejiranan Yahudi.

Pasar borong yang terletak di tengah-tengah bandar Hebron ditutup oleh pihak berkuasa Israel sejak 1994 selepas pembunuhan beramai-ramai di Masjid Ibrahimi.

Pasar itu mengandungi 25 kedai yang disewa oleh rakyat dari perbandaran Hebron. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button