Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Penduduk Palestin terus ditindas, 2 tahanan teruskan mogok lapar

Khalil Awawdeh alami sakit kepala, turun berat badan ketara

RAMALLAH, 28 Ramadan 1443H, Sabtu – Dua tahanan pentadbiran Palestin di penjara Israel ketika ini masih meneruskan mogok lapar selama 58 hari dan 24 hari berturut-turut, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan.

Tindakan kedua-dua mereka adalah sebagai membantah penahanan pentadbiran yang tidak adil yang dibuat tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan.

Khalil Awawdeh, 40, dari bandar Idna di selatan Tebing Barat telah melancarkan mogok lapar selama 58 hari.

Dia dilaporkan mengalami sakit kepala, keletihan, sakit sendi, degupan jantung tidak teratur, kerap muntah dan penurunan berat badan ketara.

Sementara, Ra’ed Rayyan, 27, dari kampung Bayt Duqu di wilayah Tebing Barat telah melancarkan mogok lapar selama 24 hari, bagi menuntut penahanannya ditamatkan tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Dasar penahanan pentadbiran Israel yang dikutuk secara meluas, membenarkan rakyat Palestin ditangkap tanpa pertuduhan atau perbicaraan untuk selang masa boleh diperbaharui iaitu antara tiga dan enam bulan, berdasarkan bukti yang tidak didedahkan.

Setakat ini, pengganas Israel menahan lebih 500 warga Palestin dalam tahanan pentadbiran, yang dianggap haram oleh undang-undang antarabangsa.

Kebanyakan tahanan terpaksa menghabiskan masa bertahun-tahun di dalam penjara kerana penentangan mereka terhadap penjajahan Israel.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button