Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Rumah terbuka Aidilfitri PM, jemaah menteri 8 Mei

Seluruh Keluarga Malaysia dijemput hadir ke Kompleks Seri Perdana

BANGI, 28 Ramadan 1443H, Sabtu – Seluruh Keluarga Malaysia dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2022 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan anggota jemaah menteri pada 8 Mei ini.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, majlis itu akan bermula pada jam 10 pagi hingga 4 petang di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

“Semua yang hadir perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terkini semasa Fasa Peralihan ke Endemik dan digalakkan memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya.

JPM turut sertakan poster panduan pakaian dan maklumat perkhidmatan bas percuma untuk ke majlis berkenaan.

Menerusi poster itu, orang ramai yang hadir hendaklah berpakaian kemas dan sopan seperti baju berlengan, seluar panjang, skirt bawah parat lutut dan berkasut.

Katanya, kegagalan mematuhi etika pemakaian boleh mengakibatkan mereka yang hadir tidak dibenarkan memasuki Kompleks Seri Perdana.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button