Berita Utama

Aidilfitri: Tiada cuaca signifikan, ekstrem dijangka berlaku

kejadian ribut petir dijangka boleh berlaku pada sebelah pagi Selasa

KUALA LUMPUR, 29 Ramadan 1443H, Ahad – Tiada cuaca yang signifikan dan ekstrem dijangka berlaku semasa sambutan Aidilfitri, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Bagaimanapun, kejadian ribut petir dijangka boleh berlaku pada sebelah pagi Selasa (3 Mei) di satu dua tempat di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Johor barat, Sabah (Bahagian Kudat dan Sandakan) dan Sarawak (Bahagian Sarikei, Mukah dan Sibu).

Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, ribut petir juga dijangka berlaku pada sebelah petang di beberapa tempat di barat Sabah dan Labuan serta satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor Timur, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah (Bahagian Sandakan), barat dan tengah Sarawak.

Ribut petir turut diramalkan berlaku pada sebelah malam di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah (Bahagian Pedalaman dan Sandakan) dan Sarawak (Bahagian Kapit, Miri dan Limbang).

Kenyataan itu turut memaklumkan ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Pulau Pinang dan di kawasan pantai di Kedah, Perak, Selangor, Johor barat dan Sabah (Bahagian Kudat dan Sandakan) pada pagi Rabu (4 Mei).

Selain itu, keadaan itu juga dijangka berlaku pada sebelah petang di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor Timur, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah dan Labuan serta ribut petir diramal berlaku pada sebelah malam di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah (Bahagian Pedalaman dan Pantai Barat) dan Sarawak (Bahagian Kapit, Miri dan Limbang)

“Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian ribut petir,” menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai cuaca terkini boleh didapati di laman web www.met.gov.my. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button