Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

CUEPACS gesa tingkatkan pendigital proses kerja penjawat awam

Kerjasama ketua jabatan, kakitangan awam mampu realisasi usaha tersebut

BANGI, 29 Ramadan 1443H, Ahad – Kerajaan digesa memberikan komitmen dengan menyediakan pelaburan modal bagi memastikan pendigital proses kerja penjawat awam dilakukan selari dengan peredaran zaman.

Antara usaha yang boleh meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dalam era pandemik adalah dengan membangunkan platfom digital seperti insiatif penyimpanan awam yang memerlukan pelaburan besar.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, inisiatif berkenaan termasuklah menyediakan kemudahan peralatan kepada penjawat awam.

“Dalam masa sama, kakitangan awam pula perlu berusaha untuk menyerapkan elemen digital dalam penyampaian perkhidmatan seperti mana tema sambutan hari pekerja CUEPACS tahun ini.

“Melalui pendekatan ini dan proses saling lengkap melengkapi, segala cabaran yang mendatang akan ditempuh bersama demi Keluarga Malaysia.

“Terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh oleh kakitangan awam dalam usaha meningkat kualiti penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi kehendak orang ramai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas Adnan, perkara yang perlu diberikan perhatian adalah pendigitalan proses kerja di pelbagai peringkat.

Bagaimanapun, katanya, wawasan tersebut mampu dicapai dengan penglibatan kerajaan, ketua-ketua jabatan dan kakitangan awam itu sendiri.

Dalam masa yang sama, Adnan berkata, keselamatan siber seperti kebocoran maklumat juga perlu diberi perhatian.

“Kakitangan awam juga perlu bersedia mendepani cabaran keselamatan siber dengan melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran digital seperti menghadiri program-proram latihan yang disediakan oleh kerajaan untuk meningkatkan kompetensi digital ini.

“Ketua-ketua jabatan pula bertanggungjawab melakukan perancangan dan pemantauan yang jitu,” tambahnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button