Berita UtamaDunia

Lebih setengah juta orang di Gaza berisiko mati kebuluran

Hamas gesa OIC, Liga Arab campur tangan benarkan sempadan dibuka

GAZA, 11 Rejab 1445H, Selasa – Pegawai kanan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran bahawa lebih setengah juta orang berdepan risiko kematian akibat kebuluran di Semenanjung Gaza yang diserang jenayah pembunuhan beramai-ramai selama lebih tiga bulan.

Perkara itu dimaklumkan wakil Hamas di Lubnan, Osama Hamdan pada sidang media di Beirut, semalam.

“Disebabkan kekurangan tempat perlindungan yang (kondusif), dan kekurangan bantuan makanan yang mencukupi, lebih setengah juta rakyat kita di utara Semenanjung Gaza sedang kebuluran,” katanya.

Beliau berkata, Israel dan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukan terhadap penduduk Gaza.

Justeru, Osama menyeru organisasi antarabangsa untuk mengisytiharkan utara Gaza sebagai zon kelaparan.

Beliau juga menyeru Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab untuk campur tangan segera untuk membuka sempadan Gaza bagi kemasukan bantuan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button