Berita Utama

Umat Islam sambut Hari Raya Aidilfitri esok

Keputusan dibuat selepas cerapan anak bulan petang tadi

BANGI, 29 Ramadan 1443H, Ahad – Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, esok, 2 Mei 2022.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, keputusan dibuat selepas aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di seluruh negara, petang tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi disiarkan di saluran televisyen tempatan, sebentar tadi.

Cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi tersebut dikendalikan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri.

Aktiviti cerapan dipengerusikan mufti negeri dan ahlinya, merangkumi pakar falak, alim ulama, pegawai falak berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Maklumat rukyah yang digunakan adalah data rasmi untuk Malaysia, terbitan JUPEM.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button