Berita Utama

Aliran trafik di lebuh raya arah Utara perlahan

Ramai masih ambil peluang pulang ke kampung sambut Hari Raya

 

KUALA LUMPUR, 1 Syawal 1443H, Isnin – Aliran trafik di lebuh raya menghala ke utara dari Tapah ke Gopeng perlahan berikutan ramai yang masih mengambil peluang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata aliran trafik di laluan tersebut perlahan sejauh 8.3 kilometer namun di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur lancar di kedua-dua arah.

Tinjauan Bernama di Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak juga mendapati jumlah kereta semakin meningkat di laluan tersebut tetapi perjalanan masih lancar.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad semalam mengumumkan umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Sebelum ini, ramai menjangkakan Aidilfitri akan disambut pada 3 Mei namum kerana hari cuti umum Hari Pekerja yang jatuh pada Ahad menyebabkan ramai sudah memulakan perjalanan balik kampung bermula Jumaat minggu lepas.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button