Dunia

Perang Russia-Ukraine burukkan krisis makanan, tenaga dan kewangan: Ketua PBB

Krisis makanan boleh diatasi dengan perkenal semula eksport gandum

DAKAR (Senegal), 1 Syawal 1443H, Isnin – Perang Russia-Ukraine telah memburukkan lagi krisis makanan, tenaga dan ekonomi di Afrika dan seluruh dunia, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Ahad.

Bercakap dalam sidang akhbar bersama dengan Presiden Senegal Macky Sall di Istana Presiden Senegal, Guterres berkata segala sekatan eksport yang tidak perlu harus ditarik balik dalam menangani krisis makanan dan tenaga yang disebabkan oleh perang itu, menurut Agensi Anadolu.

Krisis makanan boleh diatasi dengan memperkenalkan semula eksport gandum dari Ukraine, Russia dan Belarus ke pasaran dunia, katanya.

Mengenai krisis tenaga, beliau menekankan pentingnya mengalakkan sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui.

Beliau juga menyeru institusi kewangan antarabangsa untuk segera lakasanakan mekanisme kawalselia hutang bagi negara-negara membangun “supaya kerajaan-kerajaan boleh elakkan situasi tidak dapat bayar hutang dan mampu melabur dalam jaringan keselamatan sosial dan pembanguan lestari rakyat merea”, menurut laporan itu lagi.

Sekurang-kurangnya 2,899 orang awam terbunuh dan 3,235 lagi cedera di Ukraine sejak perang dengan Russia bermula pada 24 Feb, menurut anggaran PBB. Angka kematian sebenar dikhuatiri lebih tinggi.

Lebih daripada 5.4 juta orang telah melarikan diri ke negara-negara lain, dengan lebih kurang 7.7 juta orang dalam negara itu hilang tempat tinggal, menurut data agensi pelarian PBB. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button