Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Russia nafi laporan perang dengan Ukraine tamat pada 9 Mei

Sempena ulang tahun kemenangan terhadap Nazi semasa Perang Dunia ke-2

ROM, 1 Syawal 1443H, Isnin – Menteri Luar Russia Sergey Lavrov pada Ahad menafikan laporan yang mendakwa Moscow akan menamatkan perang dengan Ukraine pada 9 Mei, sempena ulang tahun kemenangan Russia terhadap tentera Nazi semasa Perang Dunia Kedua.

“Russia tidak mahu percepatkan operasi khas di Ukraine sehingga ke Hari Kemenangan Terhadap Tentera Nazi, pada 9 Mei,” demikian menurut laporan Agensi Anadolu yang memetik Lavrov berkata demikian kepada saluran televisten Itali, Rete 4.

“Tentera kami tidak akan mengatur semula tindakan mereka untuk menamatkan operasi pada tarikh tertentu,” katanya.

“Rentak operasi di Ukraine terutamanya bergantung kepada keperluan untuk meminima risiko terhadap populasi awam dan anggota tentera Russia”. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button