Berita Utama

Johor pinda hari kelepasan am kepada 4 Mei

Keputusan ambil kira Hari Raya yang jatuh pada hari ini

JOHOR BAHRU, 1 Syawal 1443H, Isnin – Kerajaan negeri Johor bersetuju meminda cuti hari kelepasan am (Cuti Khas Peristiwa) bagi negeri ini dari tarikh asal hari ini kepada Rabu (4 Mei).

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira Hari Raya yang jatuh pada hari ini.

“Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369),” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Malam tadi, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya hari ini.

Pada Rabu lepas, Onn Hafiz dilaporkan berkata kerajaan negeri Johor memberi cuti kelepasan am pada hari ini sempena sambutan Aidilfitri. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button