Berita UtamaDunia

Iran bakal umum duta baharu di Yaman

Hasan Irlu meninggal dunia akibat COVID-19

TEHRAN, 22 Jamadilawal 1443H, Isnin – Iran berhasrat mengumumkan pelantikan duta baharu di Yaman.

Ia susulan bekas duta, Hasan Irlu meninggal dunia akibat COVID-19 selepas dihantar pulang pada pertengahan Disember.

“Kami dalam proses untuk mengumumkan duta baharu di Sanaa,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Saeed Khatibzadeh pada sidang akhbar.

Iran mendakwa Arab Saudi telah menangguhkan perjalanan Irlu dari Sanaa, satu pertuduhan yang disangkal kerajaan Arab Saudi.

Pakatan yang diketuai Arab Saudi memerangi tentera Houthi dalam menyokong kerajaan Yaman – yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selama lebih daripada enam tahun – bahkan mengenakan sekatan laut dan udara ke atas kawasan yang dikuasai Houthi.

Pakatan itu campur tangan di Yaman menentang Houthi selepas mereka menggulingkan kerajaan Yaman dari Sanaa di utara Yaman.

Kerajaan kini berpangkalan di pelabuhan Aden di selatan Yaman. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button