Berita UtamaDunia

Israel dakwa temui terowong di ibu pejabat UNRWA

Tuduh Hamas guna ruang sebagai bilik bekalan elektrik

GAZA, 1 Syaaban 1445, Ahad – Tentera Israel mendakwa sudah menemui terowong di bawah ibu pejabat utama Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Rejim haram itu sekali gus menuduh Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menggunakan ruang itu sebagai bilik bekalan elektrik.

Pembukaan terowong itu menandakan babak terbaharu dalam kempen Israel terhadap agensi yang diperangi itu, yang didakwa bekerjasama dengan Hamas.

Baru-baru ini, Israel mendakwa sedozen kakitangan UNRWA terbabit dalam serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober menjerumuskan agensi itu ke dalam krisis kewangan.

Ini kerana, negara-negara penderma utama menangguhkan pembiayaan mereka serta penyiasatan berkembar.

Agensi itu berkata, Israel juga membekukan akaun banknya, melarang penghantaran bantuan dan membatalkan faedah cukainya.

Khamis lalu, tentera Zionis menjemput wartawan untuk melihat terowong berkenaan.

Ia bagaimanapun tidak membuktikan secara muktamad bahawa Hamas beroperasi di terowong di bawah kemudahan UNWRA, bagaimanapun ia menunjukkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada terowong itu berada di bawah perkarangan kemudahan itu.

Tentera mendakwa bahawa ibu pejabat membekalkan terowong dengan elektrik.

Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini berkata, agensi itu tidak tahu menahu mengenai kemudahan bawah tanah itu.

Katanya, penemuan itu memerlukan penyiasatan bebas, yang tidak dapat dilakukan oleh agensi itu kerana perang yang berterusan.

Ibu pejabat di pinggir barat Kota Gaza kini musnah sepenuhnya.

Untuk mengesan terowong itu, tentera mengulangi taktik yang pernah digunakan di tempat lain di wilayah terkepung itu.

Mereka membalikkan timbunan tanah merah untuk menghasilkan lubang seperti kawah memberi laluan kepada pintu masuk terowong kecil.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button