Berita Utama

Polis Johor perkemas corak tugasan sempena Aidilfitri

Aspek diberi penekanan tumpuan di kawasan perumahan dan lalu lintas

JOHOR BAHRU, 1 Syawal 1443H, Isnin – Polis Johor perkemas corak tugasan pegawai dan anggotanya bagi memastikan sambutan Aidilfitri di negeri ini berjalan dengan lancar.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata aspek yang akan diberi penekanan termasuk memberi tumpuan di kawasan perumahan dan keadaan lalu lintas.

“Malam tadi, kita telah mengubah suai atur gerak hampir 6,000 hingga 7,000 pegawai dan anggota di seluruh kontinjen Johor yang bertugas sepanjang Syawal ini.

“Selain di plaza tol, kawasan perumahan akan dipantau rapi memandangkan orang ramai dilihat meninggalkan rumah dalam keadaan tergesa-gesa dan kita khuatir ada unsur kecuaian berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka di kediaman rasmi Ketua Polis Johor di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menyediakan kira-kira 250 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan lebih 100 kereta peronda (MPV) untuk pemantauan termasuk di kawasan hotspot, kesesakan lalu lintas, tempat berhimpun dan pusat membeli belah di seluruh negeri. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button