Uncategorized

Balik kampung: Beberapa lokasi lebuh raya arah timur sesak

Kesesakan berlaku sejauh dua kilometer selepas Hentian Sebelah Gombak ke Genting Sempah

BANGI, 2 Syawal 1443H, Selasa – Aliran trafik mulai meningkat di laluan sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah timur  berikutan pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota susulan pergerakan orang ramai pulang ke kampung hari kedua sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, kenderaan bergerak perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak dan kesesakan turut berlaku sejauh dua kilometer selepas Hentian Sebelah Gombak ke Genting Sempah.

“Bagaimanapan pergerakan trafik di lain-lain lokasi masih lancar dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button