Uncategorized

Lelaki cuba terjun bangunan Darul Kifayah berjaya diselamatkan bomba

Suspek warga asing berusia 25 tahun dipercayai pesakit mental

BANGI, 2 Syawal 1443H, Selasa – Seorang lelaki warga asing berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dalam cubaan terjun bangunan di Kompleks Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, pagi tadi.

Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, L Prakash berkata, lelaki berusia 25 tahun dipercayai pesakit mental itu dikatakan memanjat bumbung bangunan tiga tingkat kira-kira jam 8.30 pagi.

Namun tindakannya menceroboh premis berkenaan disedari pengawal keselamatan.

“Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 8.39 pagi sebelum 15 anggota dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan, BBP Sentul dan BBP Hang Tuah.

“Sebaik tiba, pihaknya mendapati seorang lelaki dewasa berada di atas bumbung tingkat tiga bangunan.

“Anggota bomba melakukan kerja penyelamatan menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) untuk memujuk mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya usaha memujuk berhasil dan mangsa akhirnya dibawa turun dengan selamat serta diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sebelum operasi ditamatkan jam 10.38 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, lelaki terbabit dikatakan menceroboh dan terus bertindak naik ke atas bumbung selepas melihat pengawal keselamatan mendekatinya.

“Pasukan bomba yang berada di lokasi membantu membawa turun lelaki terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button