Berita Utama

Selangor setuju cuti Hari Pekerja dibawa ke 4 Mei

Perkara itu selepas mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM, 3 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri Selangor bersetuju cuti Hari Pekerja dibawa ke Rabu, 4 Mei selaras pengumuman rasmi Hari Raya yang jatuh pada Isnin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Karim mengumumkan perkara itu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri (mengenai cuti tersebut) serta peruntukan Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] dan perkenan Sultan Selangor, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah bersetuju bahawa Cuti Hari Pekerja di Selangor akan dibawa kepada Rabu, 4 Mei 2022.

“Perubahan cuti hari kelepasan am ini adalah turut dipanjangkan untuk diterima pakai kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button