Berita Utama

KKM digesa perjelas kes kematian doktor pelatih

Hentikan kegiatan buli di tempat kerja: Gerakan Hartal Doktor Kontrak

KUALA LUMPUR, 3 Syawal 1443H, Rabu – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta memberi penjelasan serta tindakan susulan berhubung kematian seorang doktor pelatih (houseman) selepas terjatuh di Hospital Pulau Pinang, baru-baru ini.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak dalam kenyataan menyatakan perkara itu menimbulkan persoalan kerana ia melibatkan seorang doktor dan bukannya kanak-kanak.

Tegasnya, langkah segera perlu diambil bagi mengelakkan ramai lagi doktor di luar sana yang masih menderita terutama dengan beban kerja.

“Kementerian Kesihatan mesti menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang munasabah. Satu mati, ratusan masih menderita,” katanya.

Dalam hantaran lain, gerakan itu turut menggesa orang ramai menghentikan kegiatan buli di tempat kerja terutama fasiliti kesihatan. 

Difahamkan, doktor pelatih itu ditugaskan di hospital berkenaan sejak tiga minggu telah meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari salah satu bangunan di situ.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button