Dunia

Musim umrah bagi jemaah luar ditutup hujung Syawal

Arab Saudi gesa aplikasi Eatarmana dikemas kini ke versi baharu

RIYADH, 3 Syawal 1443H, Rabu – Arab Saudi telah menetapkan tarikh akhir musim umrah bagi jemaah yang datang dari luar negara itu.

Kementerian Haji dan Umrah memaklumkan bahawa musim umrah bagi mereka yang datang dari luar negara dengan visa umrah akan ditutup pada penghujung 30 Syawal.

Bagaimanapun, mereka yang datang dari luar Arab Saudi boleh meminta pemohon mengeluarkan visa umrah melalui platform elektronik yang diluluskan untuk perkhidmatan umrah bagi individu.

Pada masa sama, kementerian akan mengumumkan tarikh pendaftaran dan penyerahan haji tahun ini serta prosedur berkaitannya melalui saluran rasmi.

Terdahulu, kementerian itu turut menggesa orang ramai mengemas kini aplikasi Eatarmarna kepada versi terbaharu, atau memadamnya dan memuat turun semula untuk menyelesaikan masalah kemungkinan kerosakan, supaya boleh menempah permit umrah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button