Dunia

PBB sambut baik operasi pindahkan orang awam dari Mariupol, Ukraine

Lebih 100 orang awam berjaya dipindahkan dari kilang keluli Azovstal

NEW YORK, 3 Syawal 1443H, Rabu – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa menyambut baik usaha yang dilakukan untuk memindahkan orang awam dari kilang keluli Azovstal di Mariupol, Ukraine.

“Saya gembira kerana lebih 100 orang awam berjaya dipindahkan dari kilang keluli Azovstal di Mariupol. Operasi diselaraskan oleh PBB dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.

“Saya berharap penyelarasan berterusan dengan Kyiv dan Moscow akan membawa kepada lebih banyak usaha kemanusiaan dapat dijalankan bagi menyelamatkan orang awam dan bantuan dapat dihulurkan kepada mereka yang memerlukan,” kata Guterres dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Menurut tentera Rusia dan Ukraine lebih 100 orang awam telah dipindahkan dari bandar Mariupol, Ukraine. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button