Berita Utama

Pintu sempadan Padang Besar dibuka esok

Bermula jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari

KANGAR, 3 Syawal 1443H, Rabu – Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka esok bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Pengarah Imigresen Perlis Khairul Amin Taib berkata pengembara dari Thailand yang memasuki negara melalui pintu sempadan itu juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Semua pengembara sudah boleh masuk dan keluar melalui pintu sempadan Padang Besar bermula esok mengikut SOP yang sudah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata antara syarat yang ditetapkan oleh KKM, pengembara perlu lengkap status vaksinasi dan menyediakan dokumen perjalanan yang lengkap.

Bulan lepas, pintu sempadan Wang Kelian di Perlis dibuka kepada kedua-dua rakyat Malaysia dan Thailand sempena pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button