Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Strok haba ragut 25 nyawa di India

Lebih 1 bilion penduduk India, Pakistan terdedah panas melampau

NEW DELHI, 3 Syawal 1443H, Rabu – Negeri Maharashtra di barat India mencatatkan 25 kematian akibat strok haba sejak akhir Mac lalu – angka tertinggi dalam tempoh lima tahun – dengan dijangka lebih banyak kematian di tempat lain di negara bersuhu lebih 40 darjah Celsius.

Para saintis mengaitkan permulaan awal musim panas dengan perubahan iklim, dan mengatakan lebih satu bilion penduduk India serta negara jiran Pakistan terdedah kepada panas melampau.

Hujan monsun yang sejuk dijangkakan pada bulan depan, penduduk terpaksa berdepan keadaan lebih teruk apabila bekalan elektrik kerap terputus di beberapa bahagian di India.

Difahamkan, kebanyakan kematian di Maharastra berlaku di kawasan luar bandar.

“Ini disyaki kematian akibat daripada strok haba,” kata pegawai kesihatan Maharashtra, Pradep Awate.

India adalah pengeluar gandum kedua terbesar di dunia, tetapi cuaca panas dijangka mengecutkan tanaman tahun ini, selepas lima tahun berturut-turut rekod penuaian.

India merekodkan bulan Mac sebagai paling panas dalam tempoh lebih satu abad, dengan suhu maksimum di seluruh negara meningkat kepada 33.1 darjah Celsius, hampir 1.86 darjah melebihi normal, menurut Jabatan Meteorologi.

Banyak bahagian utara, barat dan timur India menyaksikan suhu melonjak melepasi 40 darjah Celsius bulan lepas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button